KK Nilam Puri

KK Nilam Puri Updates

Untuk makluman semua warga KK Nilam Puri, beberapa kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan KK Nilam Puri sedang berjalan. Antaranya :

1. Pembesaran kantin asrama al-Ghazali

* Kerja-kerja telah bermula pada 12 Okt 2011 dan dijadualkan tamat pada 20 Nov 2011.
* Diharap para warga KK Nilam Puri dapat menjaga keselamatan di kawasan pembinaan dan segala kesulitan amatlah dikesali.
* Harap bersabar!

 Pembesaran kantin al-Ghazali

2. Bilik Pengetua dan bilik mesyuarat KK Nilam Puri

Kerja-kerja menaiktaraf (surau lama) kepada bilik pengetua KK Nilam Puri (Setiausaha & Bendahari KKNP juga) sedang dijalankan. Kerja-kerja untuk bilik mesyuarat juga sedang berjalan.
Semoga pengurusan asrama dan aktiviti selepas ini akan lebih mesra dan efisien.



3. Pemindahan bilik urusan JTK ke lokasi baru

Kerja-kerja ini telah selesai. Cuma, beberapa perkara berkaitan penyelenggaraan bilik tersebut perlu dikemaskan. Kemudahan juga akan ditingkatkan.

4. Kerja menaiktaraf bilik JTK (lama) kepada Bilik Bacaan

Kerja-kerja ini sedang dijalankan.
Tujuannya adalah untuk memberi keselesaan kepada warga KK Nilam Puri yang inginkan suasana yang lebih privacy untuk mengulangkaji pelajaran secara sendirian.

5. 2 unit TV LCD 40" baru di KK Nilam Puri

Sebanyak 2 unit TV LCD baru telah disediakan menggantikan Tv yang lama.
TV tersebut telah siap dipasang di asrama AMK.
TV tersebut akan dipasang di asrama al-Ghazali setelah kerja-kerja pembinaan siap.

Sekian, untuk makluman.