Nor Hazrul bin Mohd. Salleh adalah anak kelahiran negeri Kelantan. Dilahirkan pada 23 Mac 1971 di Kg. Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Alor Bakat, Bachok, Kelantan dari tahun 1978-1983. Kemudian menyambung pengajian ke SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan dari tahun 1984-1987. Selepas itu, meneruskan pengajian peringkat menengah di Kolej Islam Kelang dari 1987-1989. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Hasan II, Mohammedia, Morocco pada tahun 1989-1991. Kemudian berpindah ke Universiti Mohamed V, Rabat, Morocco dari tahun 1991-1995 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab (pengkhususan Sastera Arab). Mendapat Diploma Pendidikan (Bahasa Arab/Pendidikan Islam) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1997. Seterusnya menyambung pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Malaya dan dianugerahkan ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden (MMLS-Master of Modern Language Studies) pengkhususan Fonetik Arab pada tahun 2010. Pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) tahun 1996-1998. Kemudian bertugas sebagai Pensyarah/Pegawai Latihan di Pusat Bahasa Arab (PBA), YIK dari tahun 1999-2003. Dilantik sebagai Guru Bahasa di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan (APIUMNP) mulai 2003 dan sekarang menyandang jawatan Guru Bahasa Kanan sejak 17 Mei 2010. Diamanahkan tanggungjawab sebagai Penyelaras Bahasa Arab APIUMNP dari 16 September 2006 hingga 4 September 2011. Dilantik sebagai Pengetua Kolej Kediaman Nilam Puri, Universiti Malaya mulai 1 Ogos 2010. Sedang bercuti belajar mulai 5 September 2011. Sekarang sedang menyiapkan tesis Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang 'The Teaching of Arabic to non-Arabic Speakers' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur.