Saturday 2 June 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 12 March 2012

Rujuklah kepada Ulama'


Pentinganya Merujuk Kepada Ulama’ dalam Masalah-masalah Besar

Para ahli Ilmi ar-Rabbani merekalah yang (seharusnya) dijadikan rujukan dalam masalah-masalah yang penting lebih-lebih yang berkaitan dengan kemaslahatan umat Islam. Jika kita melihat keadaan orang-orang terdahulu dari kalangan salafussoleh kita akan mendapati mereka sangat bersemangat untuk merujuk kepada para pembesar ahli ilmi yang ada pada zaman mereka terutama dalam hukum-hukum yang bersangkutan dengan tabdi’ (pembid’ahan) dan takfir (pengkafiran). (Tetapi ini bukan bererti bahawa tholibil ilmi tidak menghukumi dalam permasalahan-permasalahan yang ada secara mutlak, akan tetapi maksudnya adalah dia tidak menghukumi secara langsung dalam masalah-masalah yang sedang terjadi, terlebih lagi kalau masalah itu ada kesamarannya. Adapun dalam masalah yang sudah jelas yang tidak tersamarkan maka tidak perlu untuk rujuk kepada para ulama’).

Perhatikanlah Yahya bin Ya’mar Al-Bashri dan Humaid bin Abdirrahman Al Himyari Al-Bashri ketika muncul Qadariyah pada zaman mereka, mereka (Qadariyah) memiliki penyimpangan-penyimpangan terhadap pokok-pokok ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang mengharuskan pengkafiran atau pentabdi’an atau pengeluaran mereka dari lingkaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah, tetapi kedua orang itu tidak tergesa-gesa menghukumi mereka bahkan keduanya pergi kepada ahli ilmi dan fatwa yang merupakan rujukan iaitu Abdullah bin Umar bin Khattab (r.a) kemudian keduanya menceritakan kepada beliau tentang apa yang terjadi. Lalu beliau berfatwa akan kesesatan Qadariyah dan penyimpangan mereka.
(Berkata Yahya bin Ya’mar : Orang pertama yang berbicara (menyimpang) tentang Qadar di Basrah adalah Ma’bad Al-Juhani, aku dan Humaid bin Abdirrahman Al Himyari pergi haji atau Umrah dan kami berkata : Apabila kami bertemu dengan salah seorang dari shahabat Rasulullah (s.a.w) kami akan bertanya tentang apa yang dikatakan oleh (Qadariyah) tentang takdir, lalu kami bertemu dengan Abdullah bin Umar bin Khattab (r.a) ketika beliau masuk masjid maka kami mengiringi beliau. Salah satu dari kami berjalan di sebelah kanan beliau dan yang lain di sebelah kiri, aku kira temanku akan menyerahkan perkara ini kepadaku maka akupun berkata : Wahai Abu Abdirrahman, sesungguhnya telah muncul di tempat kami orang-orang yang membaca Al-qur’an, mempelajari ilmu, mereka mengingkari takdir dan mereka beranggapan bahwa segala sesuatu yang terjadi tidak ditakdirkan Allah dan tidak diketahui-Nya kecuali setelah terjadi.
Beliau berkata : Jika kamu bertemu dengan mereka maka beritahu bahawa aku berlepas diri dari mereka dan merekapun berlepas diri dariku dan demi Allah, seandainya salah seorang dari mereka menginfakkan emas sebanyak gunung Uhud tidaklah Allah akan menerimanya sampai mereka beriman dengan takdir ….).
-Diriwayatkan oleh Muslim (93)

Lihatlah Zubaid bin Harits Al-Yami pada saat muncul Murji’ah pada waktunya, dia melihat bahwa penyimpangan mereka terhadap pokok-pokok Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengharuskan mereka keluar dari golongan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, tapi beliau tidak cepat-cepat menghukuminya tapi dia pergi kepada ahli ilmu dan fatwa yang merupakan tempat rujukan yang pernah menimba ilmu dari pembesar sahabat iaitu Abu Wail Syaqiq bin Salamah Al-Asadi Al-Kufi. Maka beliaupun menceritakan apa yang terjadi, lalu Abu Wail berfatwa dengan hadits Rasulullah (s.a.w) tentang kebatilan syubhat murjiah, dan penyimpangan mereka dari jalan Ahlus Sunnah, Zubaid berkata : ketika muncul Murjiah aku mendatangi Abu Wail lalu aku ceritakan hal ini kepada beliau lalu beliau berkata : menceritakan kepadaku Abdullah bahwa Nabi (s.a.w) pernah bersabda :
“Mencela orang muslim adalah kefasikan dan memerangiya adalah kekufuran”).-Diriwayatkan oleh Bukhar i (48) dan Muslim (218).

Jika kita membandingkan keadaan mereka bersama para ahli ilmi dan fatwa pada zaman mereka dengan keadaan kebanyakan orang-orang yang lagi bingung dalam bertaubat pada zaman kita sekarang, kita akan mendapatkan perbezaaan yang sangat jauh sekali.
Mereka sangat bersemangat dalam menjalankan ketentuan ini, mereka tidak tergesa-gesa dalam menghukumi orang yang kelihatannya menyimpang pada zaman mereka sampai mereka memaparkannya kepada ahli ilmu dan fatwa dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ketika mereka mendengar fatwa merekapun memegangnya erat-erat dan menjauhi orang-orang yang menyimpang dari ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Adapun pada saat ini sedikit sekali kita mendapati orang yang bersemangat (menjalankan) ketentuan ini, bahkan kita mendapati sebahagian mereka janggal terhadap perkataan ahli ilmi dan fatwa dalam mentahzir (memperingatkan umat) dari ahli bid’ah dan ahwa’ (hawa nafsu), bahkan mereka memerangi fatwa ahli ilmi serta menyelewengkannya, kita memohon kepada Allah keselamatan dan ‘afiyah.
- Diadaptasi daripada buku :  Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad asy-Syihhi, terjemahan : Abu Abdirrahman as-Salafy, Lc.

Monday 16 January 2012

Arabic Camp UM-PSU II, 2012


مخيّم اللغة العربية المشترك الثاني :
استقبال حار من قبل جامعة الأمير سونكلا فرع فطاني 
للوفد من جامعة مالايا فرع نيلم بوري


       عُقد للمرة الثانية مخيّم لغويّ مشترك بين جامعة مالايا نيلم بوري، وجامعة الأمير سونكلا فرع فطاني بتايلاند في الفترة ما بين 11 إلى 16 يناير 2012م في فرعَيْ جامعة الأمير سونكلا في فطاني والفرع المركزي بمدينة هات ياي. وقد شارك في هذا المخيّم 52 طالباً وطالبة من الجامعتين ؛ 20 طالباً وطالبة من جامعة مالايا وباقي الطلبة من جامعة الأمير سونكلا من فرع فطاني.
       ويُعتبر هذا البرنامج الأول لهذا العام ويواصل البرنامج السابق الذي قد عُقد للمرة الأولى في العام الماضي في جامعة مالايا فرع نيلم بوري في الفترة ما بين 16 إلى 22 أكتوبر 2011م، وكان البرنامج ممتازاً حيث إنه قد نجح في تشجيع الطلبة على ممارسة اللغة العربية وإتقانها. ويأتي هذا البرنامج الثاني مواصلاً للسابق وسيكون برنامجاً مشتركاً سنويّاً بين الجامعتين.
       وقد انطلق الوفد من جامعة مالايا فرع نيلم بوري من حرم الجامعة في الساعة الثانية عشرة والنصف ظهراً متجها نحو سوغي كولوك بحدود ماليزي – تايلاند حيث يكون في انتظارهم وفد من جامعة الأمير سونكلا. وبدأتْ الرحلة في حافلة من سوغي كولوق إلى مدينة فطاني في الساعة الثانية حسب التوقيت المحلي وقد استغرقتْ ثلاث ساعات تقريباً.
       والوفد من جامعة مالايا يتكوّن من 20 طالباً وطالبة وأربعة معلّمين مرافقين للوفد ترأسهم الأستاذة وان روحاني بنت وان مختار والأستاذ نور هزرول بن محمد صالح والأستاذ عبدالله فهمي بن عبد اللطيف والأستاذ محمد خير الأخبار بن جاهرالدين. جميع الطلبة المشاركين من طلبة الفصل الرابع من المرحلة التمهيدية التي مقرّها في جامعة مالايا فرع نيلم بوري بكلنتان.

       سرّ هؤلاء الطلبة المشاركون في هذا المخيّم وخاصةً بفرصة اللقاء بإخوانهم الذين كانوا في المعسكر السابق، وكان مفيداً جدا حيث يقرّب بين الطلبة الذين في نفس التخصص أي تخصص اللغة العربية، وينتهزون الفرصة لتبادل خبرات التعلّم إضافةً إلى تقوية العلاقات الأخوية بين الطلبة من البلدين – ماليزيا وتايلاند.  

Saturday 19 November 2011

ASEAN INTERVARSITY ARABIC DEBATING CHAMPIONSHIP 2011

Pencapaian Membanggakan : 
Kedua-dua pasukan Universiti Malaya mara ke Suku Akhir 
(Ranking ke-4 (UM A) dan ke-8 (UM B) keseluruhan)

Duduk dari kanan : Hasem, Khairani, Hayati, Amin Ribbang dan Shauqi. Berdiri dari kanan : Kharizul, Sulaiman, Us Hazrul, Us Akhbar, Amin Mulia dan Alpijun.

USIM, Nilai Isnin 14 Nov 2011 : Pasukan Debat Bahasa Arab Universiti Malaya (UM) berbangga apabila kedua-dua pasukannya layak ke peringkat Suku Akhir Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Asean kali ke-5 tahun 2011. Malah, pasukan UM (A) berada di kedudukan ke-4 keseluruhan daripada 20 pasukan yang bertanding mewakili universiti masing-masing. Pada peringkat saringan tersebut pasukan UM (A) memenangi 4 daripada 6 pertandingan saringan yang meletakkannya di kedudukan ke-4 keseluruhan. Pasukan UM (A) diwakili oleh Sdr. Mohd. Kharizul, Sdr. Hasem, Sdr. Amin Ribbang dan Sdri. Nor Hayati.
     Manakala pasukan UM (B) pula diwakili oleh Sdr. Sulaiman, Sdr. Alpijun, Sdr. Nur Amin Mulia dan sdri. Siti Khairani. Pada peringkat saringan pasukan ini telah memenangi 3 daripada 6 pertandingan saringan seterusnya melayakkan mereka bertanding di pusingan Suku Akhir yang menggunapakai peraturan 'kalah mati'. Walaupun nasib belum menyebelahi kedua-dua pasukan ini, namun kejayaan melepasi pusingan pertama dan melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir adalah pencapaian yang cukup membanggakan. Jurulatih pasukan UM ialah Ustaz Nor Hazrul Mohd Salleh dan Us Mohd. Khairul Akhbar Jahiruddin. (Nota : Pencapaian pada tahun 2010 adalah tempat ke-10 keseluruhan daripada 18 pasukan).
      Pertandingan pada tahun ini juga diadakan bersempena sambutan Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Asean 2011 yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 10-14 Nov 2011. Sambutan bertambah meriah dengan dua lagi pertandingan iaitu Tilawah al-Quran dan Pertandingan Nasyid antara IPT Asean.
     Bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab sebanyak 20 pasukan menyertainya : 16 pasukan daripada IPT seluruh Malaysia (2 pasukan dari USIM, 2 pasukan dari UIAM, 2 pasukan dari UM, 2 pasukan dari UNiSZA, 2 pasukan dari UMP, 2 pasukan dari UKM dan masing-masing 1 pasukan dari UPSI, KUIS dan UUM). Manakala terdapat penyertaan 4 pasukan dari Indonesia : 2 pasukan dari Universiti al-Azhar, Jakarta dan masing-masing 1 pasukan dari Universitas Islam Negeri (UIN) al-Syariff dan STIT Diniah Puteri. 1 pasukan lagi dibentuk daripada gabungan pelajar USIM dan Indonesia (swing) bagi melengkapkan jadual pertandingan.
    
Salah satu pertandingan antara UM (A) dan Diniah Puteri dari Indonesia.

Penyertaan yang Meyakinkan : Latihan Intensif di UM Nilam Puri

Ini merupakan penyertaan kali kedua bagi keseluruhan pendebat UM kecuali Sdr. Nur Amin Mulia yang menyertainya buat kali pertama. Kesungguhan beliau jelas terbukti dan berbaloi apabila sanggup membatalkan persembahan nasyid semata-mata untuk menyertai pertandingan ini. Menurutnya, keputusan ini semata-mata kerana dorongan dan semangat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Beliau yakin dengan cara sebegini bahasa Arab akan dapat dikuasai dengan lebih baik. (Nota : Sdr. Nur Amin Mulia adalah salah seorang anggota kumpulan nasyid terkenal 'Feel Honey' yang sentiasa mendapat jemputan mengadakan persembahan).
     Latihan telah dimulakan sebaik sahaja mendapat pengesahan tarikh pertandingan. Namun, ianya hanya diadakan secara biasa memandangkan sesi pengajian baru bermula dan belum mendapat tajuk-tajuk debat secara rasmi. Persatuan Bahasa Arab APIUM Kuala Lumpur melalui Kelab Debat Bahasa Arab telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya menguruskan latihan di UMKL. Setelah beberapa kali latihan dijalankan dengan bantuan beberapa orang pensyarah di UMKL antaranya Dr. Wail, Dr. Mujahid dan lain-lain latihan intensif di adakan di UM Nilam Puri, Kelantan.
     Semasa di UMKL kedua-dua Jurulatih - Us Nor Hazrul Mohd Salleh dan Us Mohd. Khairul Akhbar Jahiruddin sempat beberapa kali berkunjung bagi memastikan persediaan dan sesi-sesi latihan berjalan dengan lancar. Sesi terakhir adalah di UM Nilam Puri bersempena dengan sambutan Aidil Adha 1432H. Kesemua pendebat hadir ke UM Nilam Puri bermula hari Sabtu, 5 Nov 2011 dan mengambil kesempatan bersama dengan jurulatih dan para pensyarah bagi memantapkan persiapan terakhir. Walaupun sibuk dengan sambutan Hari Raya namun persediaan tetap berjalan seperti biasa.

Nasib Belum Menyebelahi Kami : Masanya akan Tiba

Bagi kedua-dua jurulatih Debat Bahasa Arab UM, tiada apa yang hendak dikomen. Adat pertandingan pastinya ada kalah dan menang. Namun, apa yang lebih penting ialah para peserta telah meningkatkan mutu penguasaan bahasa Arab mereka. Mereka telah lebih petah berkomunikasi dalam bahasa Arab. Jangan dilupa hadaf (tujuan) utama adalah untuk belajar dan terus belajar serta memantapkan penguasaan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Debat atau mana pertandingan berbahasa Arab adalah wasilah (cara) untuk mencapai hadaf tersebut.
     Perasaan ini dikongsi bersama oleh semua pendebat UM pada kali ini. Perkara ini jelas daripada keceriaan mereka sepanjang pertandingan berlangsung. Kegetiran isu dan situasi pertandingan tidak sekali-kali menggoncang keyakinan mereka. Mereka telah yakin untuk berkata-kata, optimis bila berhujah, tidak gentar menjawab setiap persoalan, malah begitu berani mencipta suasana yang memeriahkan lagi sesi-sesi pertandingan pada kali ini. Mereka menjadi buah mulut setiap orang - hakim, peserta, pemerhati dan penganjur. Apa lagi yang diharapkan kalau mereka telah berada di tahap itu?
     Adat menyertai pertandingan memanglah mencitakan kemenangan. Kita sudah menang dengan diri kita sendiri apabila dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Adapun memenangi pertandingan dalam kejohanan yang besar sudah pasti bukan satu sahaja faktor yang menentukannya. Banyak yang perlu diambil kira. Apapun faktornya, kita yakin suatu hari kemenangan akan menjadi milik kita - UM. Semua perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Tunggulah masa dan ketikanya! Piala akan menjadi milik kita, insya Allah.

Tahniah dan Penghargaan

Pertandingan Akhir Debat Asean kali ini mempertemukan pasukan UIN al-Syariff, Indonesia sebagai Kerajaan dan pasukan UIAM (A), Malaysia sebagai Pembangkang. Pertemuan dua gergasi debat Asean memang dinanti-nantikan. Memang benar, pertandingan yang bermutu tinggi - bahasa dan teknikal. Takdir menentukan bahawa Piala Pusingan akan menyeberang ke Indonesia bagi tahun ini. Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang berentap di final. Kalau di tahap ini bahasa Arab pelajar IPT kita, tidak kesah siapa yang juara - Bahasa Arab untuk Semua. Kita telah Memartabatkan Bahasa Arab!
    
Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam pertandingan pada kali ini :
* UM : Cemerlang Bersama UM
* Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM : Memudahkan segala urusan penyertaan dan support berterusan
* Pejabat Pengarah APIUM KL & APIUM Nilam Puri - Bahasa Arab di UM menyinar kembali!
* Peserta Debat : Kejayaan akan menjadi milik kalian, insya Allah.
* Ahli Persatuan BA APIUM : Berusahalah menguasai dan bertutur dalam Bahasa Arab!
* Jurulatih : Jangan jemu kerana kamu mendidik mereka, bukan mengajar debat sahaja.
* Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu pasukan Debat Bahasa Arab UM.

جزاكم الله عنّا وعن المسلمين خير الجزاء

Ampun Maaf dipinta di atas segala salah silap, kelemahan dan kekurangan. 
Jumpa lagi di persada kegemilangan!

Tuesday 8 November 2011

Korban Perdana APIUM Nilam Puri 1432H/2011M

Warga APIUM Nilam Puri berkorban 3 Ekor Lembu : Satu Pertiga Daging Korban disedekahkan kepada Fakir Miskin

Korban 1 (Lembu 1)

Korban 2 (Lembu 2)
Korban 3 (Lembu 3)
 APIUM, Nilam Puri, Selasa 8 Nov '11 : Menjelang hari ke-3 Aidil Adha 1432H, warga Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri berjaya melaksanakan ibadah korban. Acara tersebut telah dimulakan seawal jam 7.45 pagi memandangkan 3 ekor lembu akan disembelih. Acara seperti ini telah dijalankan pada tahun lepas tetapi hanya dengan seekor lembu korban sahaja.
     Lembu korban yang pertama ialah sumbangan seorang 'Hamba Allah' untuk warga APIUM Nilam Puri. Dua pertiga daging tersebut telah digunakan untuk jamuan tengahari warga APIUM Nilam Puri - staf dan juga pelajar. Manakala 1/3 daripada daging sembelihan tersebut telah disedekahkan kepada beberapa staf APIUM Nilam Puri dan golongan fakir miskin di sekitar Nilam Puri. Semua warga APIUM Nilam Puri bergotong-royong memasak makanan tengahari, di samping melapah daging korban.

Pelajar APIUM Nilam Puri Berkorban Seekor Lembu

Pada tahun ini warga pelajar APIUM Nilam Puri berjaya berkorban seekor lembu. Walaupun mereka masih dalam cuti pertengahan semester/cuti Aidil Adha, tetapi mereka sanggup datang semata-mata untuk menjayakan program ibadah korban ini. Secara tidak langsung ianya membentuk semangat berkorban di kalangan mereka. Kebanyakan daripada mereka datang awal hanya untuk bersama memeriahkan sambutan korban pada tahun ini.
     Lembu korban yang ke-2 dikhususkan kepada pelajar. Sebahagian daripada daging sembelihan korban tersebut disedekahkan kepada golongan dhaif di Kampung Tujuh, Tumpat, Kelantan. Ini sebagai kesinambungan kepada program 'Bakti Siswa' yang telah berlangsung dengan jayanya di kampung tersebut pada bulan 14-16 Okt '11. Ianya juga akan menjamin hubungan berterusan antara para pelajar dan keluarga angkat mereka sewaktu program tersebut berjalan. Sebahagian lagi daging korban akan dimasak untuk jamuan semua pelajar pada Isnin, 14 Nov' 11 memandangkan kesemua pelajar akan hadir pada masa tersebut.

Membina Semangat Berkorban, Mempertaut Ukhuwwah Sesama Insan

Dr. Ahmad Najib menyampaikan sumbangan daging korban kepada salah seorang staf lelaki

Dr. Ahmad Najib menyampaikan sumbangan daging korban kepada salah seorang staf wanita

Setelah 2 ekor lembu disembelih, majlis penyampaian sumbangan daging korban diadakan secara ringkas. Ucapan aluan dan terima kasih telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Najib Abdullah, pemangku Timbalan Pengarah APIUM Nilam Puri. Beliau melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ibadah Korban Perdana pada tahun ini. Kemudian beliau telah menyempurnakan upacara pengagihan daging korban kepada beberapa staf APIUM Nilam Puri.

Ramai pelajar daripada UMKL yang hadir

Bekerja bersama-sama : Staf, pelajar & anak-anak staf

Dr. Ahmad Najib juga bersama melapah lembu korban
     Program ibadah korban pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai pelajar lepasan APIUM Nilam Puri yang telah melanjutkan pelajaran di UMKL. Ini adalah bukti ikatan ukuwwah yang kukuh antara mereka dan APIUM Nilam Puri. Seterusnya menjamin keutuhan ukuwwah yang telah terbina selama dua tahun di Nilam Puri. Peluang ini diambil oleh mereka untuk beramah mesra bersama para pensyarah, staf dan rakan-rakan mereka.
     Perkara ini jelas kelihatan daripada kemesraan yang terpancar daripada wajah semua orang pada program ini. Semoga jalinan ukhuwwah ini akan membantu meningkatkan lagi persahabatan antara warga APIUM Nilam Puri. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Staf APIUM Nilam Puri Berkorban Seekor Lembu

Pada tahun ini juga staf APIUM Nilam Puri berjaya berkorban seekor lembu. Lembu yang ke-3 ini disembelih kira-kira jam 11.00 pagi. Setelah ketujuh-tujuh bahagian daging korban dibahagikan, masing-masing mengagihkan daging korban mereka. Bahagian yang khusus untuk staf akan diadakan jamuan pada hari Khamis, 10 Nov '11 dan mereka akan bersama-sama memasak untuk dimakan bersama.

     Begitulah berlangsungnya acara Korban Perdana di APIUM Nilam Puri bagi tahun 1432H dengan jayanya. Makan tengahari berjaya disediakan pada jam 12.45 tengahari. Semoga program seperti ini akan terus mendapat kerjasama daripada semua pihak. Didoakan semoga semua ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t.
تقبّل الله منا ومنكم يا كريم

Tuesday 25 October 2011

معسكر اللغة العربية لعام 2011م

معسكر اللغة العربية لعام 2011م

لقد تشرّفتْ أكاديمية الدراسات الإسلامية، جامعة مالايا فرع نيلم فوري-ماليزيا بتنظيم معسكر اللغة العربية لعام 2011م، وذلك بالتعاون مع جامعة الأمير سونكلا فرع فطاني-تايلاند في الفترة ما بين 18 إلى 23 أكتوبر 2011م بمقر أكاديمية الدراسات الإسلامية بنيلم فوري. وهذا يُعتبر حدثاً تاريخياً عظيماً للعلاقة الثنائية بين الجامعتين الشقيقتين، وقد شارك في هذا المعسكر 40 طالباً وطالبةً – 20 طالباً وطالبةً من كلتا الجامعتينِ.
وإقامة هذا المعسكر اللغوي تحقّق الاتفاق الذي حصل عليه الجهتان في زيارة جامعة الأمير سونكلا لجامعة مالايا فرع نيلم فوري في شهر أغسطس الماضي. وسيكون المعسكر سنوياً كما أنه سيُقام بالتناوب بين الجامعتين، وقد جاء في الأول دور جامعة مالايا نيلم فوري وسيكون الدور المقبل لجامعة الأمير سونكلا وسيتمّ عقده في تايلاند.
وبدأ اليوم الأول من المعسكر ببرنامج التعارف أو يسمّى بــ"كسر الجليد" (ice breaking)، وقد تمّ فيه التعارف الجماعي ثم الثنائي، وتعرّف المشتركون على بعضهم البعض من خلال بعض الألعاب الترفيهية، والهدف منه فكّ الارتباط بين المجموعات المتعارفة سالفاً ودمج الأفراد في المجموعة الكبيرة. وبعد ذلك، وضع المشاركون –حسب المجموعات- التوقّعات من المعسكر، ووُضع هذا النشاط لتعزيز الملكية الجماعية للمشاركين وتوطيد العلاقات وخلق حوار بين المجموعات مع كسر الحواجز النفسية.
وكانتْ البرامج المعدّة لهذا المعسكر تتركّز على المهارات اللغوية الأربع، ففي البداية تمّ التركيز على مهارة الاستماع، ولقد تمتّع المشتركون ببعض النشاطات التي هدفتْ إلى تدريب المشتركين على الاستماع إلى نصوص اللغة العربية وفهمها فهماً صحيحاً. وفي مهارة الكلام أُخذ المشتركون إلى "شاطئ نور القمر" وأقيمتْ هناك بعض الأنشطة التي تجبر المشتركين على الكلام باللغة العربية، وبهذه الأنشطة استطعنا دفعهم إلى المحادثة بينهم باللغة العربية دون حياء أو خجل.
وبرنامج اليوم الثالث كان حول مهارة الكتابة، وتمحورتْ مضامينها حول أسس الكتابة الصحيحة والقيام ببعض التمرين لكشف الأخطاء الشائعة التي لم ينتبه إليها أكثرية الطلبة. واليوم الرابع كان مخصَّصاً لمهارة القراءة، فقد قام المشتركون ببعض الأنشطة التي تتطلّب من المشتركين القراءة والتأملّ حتى يكتمل الفهم ويصحّ التعبير، وكانتْ الأنشطة مرحةً ومسلّية إلى جانب أنها مفيدة وممتعة جداً.
وكان في اليوم الأخير حفل الاختتام، وقد تشرّف الوفد من جامعة الأمير سونكلا لحضور الحفل الختامي مكوّناً من أربعة أفراد على رأسهم الأستاذ المشارك أوانج لانوي-مدير كلية العلوم الإنسانية والاجتماعية بالجامعة، ومعه د/ زين الدين والأستاذ منصور والأستاذ يحيى. وكان شرفاً عظيماً للمعسكر أن تكرّم د/ أحمد نجيب عبدالله باختتام المعسكر نيابةً عن نائب مدير أكاديمية الدراسات الإسلامية بجامعة مالايا، فرع نيلم فوري. وألحّ في كلماته الاختتامية إلى شكره الجزيل لكل من ساهم في إنجاح هذا المعسكر من كلتا الجامعتين الشقيقتين. وجزاكم الله عنّا وعن المسلمين خير الجزاء. وهنيئاً لكم!

BAKTI SISWA (BAKSIS) 2011

PROGRAM BAKTI SISWA (BAKSIS)
MESRA BERSAMA MASYARAKAT 2011
MESRA '11

DI KAMPUNG TUJUH, TUMPAT, KELANTAN
14-16 OKTOBER 2011

ANJURAN :
MPP/JTK APIUM NILAM PURI

TAHNIAH!

BERIKUT ADALAH 2 KERATAN AKHBAR YANG BERKAITAN